Friday, 16 August 2013

semperna kempen piala malaysia yang baru bermula ini aku ingin menulis tentang sejarah piala malaysia

Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (F.A.M.) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.

Sejarah Piala dan Kejohanan

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948.
Pada tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir.
Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangormerupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 16 kali naib juara. Manakala Kelantan merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg kedua bagi mereka.

Era kejohanan

Piala Malaya

1921 - 1932: Selangor vs Singapura.
Perlawanan akhir pertama telah diadakan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur yang kini menjadi Dataran Merdeka pada 1 Oktober 1921. Ia melibatkan pertemuan sulung antara juara wilayah selatan, Singapura dengan juara wilayah utara, Selangor. Perlawanan dimenangi oleh Singapura dengan jaringan 2 berbalas 1. Perlawanan akhir juga telah dijalankan pertama kali di Stadium Jalan Anson, Singapura pada 1925. Sepanjang tempoh Piala Malaya dipertandingkan, Selangor dan Singapura bertemu diperlawanan akhir hampir setiap tahun. Hanya tiga pasukan sahaja telah memenangi piala ini termasuk Perak.

Piala H.M.S. Malaya

1933 - 1941: Selangor vs Singapura II.
Singapura masih lagi menjadi wakil selatan manakala terdapat beberapa pasukan baru mewakili wilayah utara. Namun Selangor dan Singapura masih lagi bertemu diperlawanan-perlawanan akhir dibawah piala baru iaitu Piala HMS Malaya. Kedah dan Pulau Pinang berjaya menempatkan diri pada perlawanan akhir namun tewas kepada Singapura. Kedah layak pada tahun 1940 manakala Pulau Pinang pada 1934 dan 1941. Kerancankan Piala HMS terpaksa dihentikan apabila perang dunia kedua meletus dan merebak ke semenanjung Malaysia.

1948-1966: Saingan Empat Negeri
Pasukan-pasukan utara mula menunjukkan kebangkitan pada masa yang sama Selangor dan Singapura masih lagi memberi saingan. Pulau Pinang dan Perak seolah-olah mendapat semangat untuk menjadi kuasa bola sepak tanah air baru setelah perang berakhir. Negeri Sembilan menjuarai buat pertama kali dan edisi awal selepas tamat perang pada 1948. Perlawanan ulangan terpaksa dijalankan setelah terikat dengan Selangor. Selang setahun selepas itu kejutan berlaku apabila pasukan bukan status negeri iaitu Tentera telah layak ke Piala Malaysia sebelum tumbang pada Selangor dan sekali lagi pada 1966. Namun tewas juga pada pasukan Selangor. Pulau Pinang mejuarai sebanyak tiga kali pada 1953, 1954 dan 1958 serta menjadi naib juara pada 1950,1952 dan 1963. Perak juga layak ke perlawanan akhir tiga kali berturut-turut pada 1959, 1960 dan 1961. Meskipun tewas ketiga-tiga perlawanan, Perak berjaya juga mencipta nama sebagai juara Piala Malaysia pada 1957 sebagai pasukan pertama memenangi piala idaman tersebut di Stadium Merdeka, gelanggang baru Piala HMS Malaya. Pasukan dari pantai timur, Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir akan tetapi tewas pada tangan Singapura.

Piala Malaysia[sunting]

1967-1979: Selangor Gagah, Singapura Tenggelam
Piala baru diperkenal dengan nama Piala Malaysia menggantikan Piala HMS Malaya dan Perak sekali lagi menjadi pasukan pertama memenangi piala baru tersebut. Selangor terus memperkukuhkan status sebagai pasukan yang paling digeruni sepanjang tempoh ini dengan memenangi 9 Piala Malaysia dari 13 perlawanan akhir. Nasib berbeza terhadap Singapura kerana hanya menjuarai sekali pada tahun 1977 setelah lima kali mencuba. Kekebalan Selangor didorong oleh beberapa pemain berkaliber negara ketika itu. Antaranya Allahyarham Mokhtar Dahari,Santokh Singh, mendiang R. ArumugamSoh Chin Aun, Chow Kwai Lam , Hanafiah Ali dan beberapa pemain lain. Kekuatan pemain-pemain ini disetiap posisi padang telah menaikkan nama Selangor diarena bolasepak tanah air. Hanya pasukan Terangganu sahaja merupakan pasukan baru yang muncul pada perlawanan akhir pada 1973.
1980-1989: Beberapa Juara Baru
Pahang berjaya medapat Piala Malaysia pada tahun 1983 setelah menewaskan Selangor. Tetapi Selangor membalas dendam keatas Pahang setahun berikutnya. Johor juga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dan memenanginya buat kali pertama keatas pasukan yang juga pertama kali melangkah perlawanan akhir iaitu Kuala Lumpur. Paling unik yang dapat dilihat ialah Kuala Lumpur menjuarai Piala Malaysia secara "hat-trick" pada 1987, 1988 dan 1989 dimana mereka menumbangkan musuh yang sama iaitu Kedah. Abdul Rashid HassanSerbegeth Singh dan Mat Zan Mat Aris merupakan tonggak penting dalam skuad wargakota pada ketika itu. Walaupun tewas tiga kali berturut pada Kuala Lumpur, Kedah berjaya merangkul Piala Malaysia setahun kemudian.
1990-1999: Selamat Tinggal Singapura
Kedah akhirnya merangkul Piala Malaysia apabila menewaskan Singapura pada 1990 manakala Johor berjaya membalas dendam keatas Selangor pada kekalahan mereka 1986. Trio pemain import Johor yang cukup terkenal ketika itu ialah Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edwards. Pahang juga tidak melepaskan peluang membawa pulang Piala Malaysia pada tahun berikutnya setelah menafikan Kedah untuk menjuarai kali kedua. Namun berita paling mengejutkan ialah penarikan diri oleh pasukan Singapura dari kancah bola sepak Malaysia. Setelah 70 tahun lebih mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia, Singapura tidak lagi sebagai pesaing mahupun pencabar bermula tahun 1995. Keputusan dibuat setelah terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara Persatuan Bolasepak Singapura dengan Persatuan Bolasepak Malaysia. Namun, Singapura berjaya memenangi Piala Malaysia yang terakhir bagi mereka pada 1994 sebagai kenangan. Selangor memenangi "hat-trick" pada 1995, 1996 dan 1997. Ini merupakan "hat-trick" kali ketiga bagi Selangor. Azman Adnan, Rusdi Suparman, Chris Kiwomya dan Alexander Freeman antara pemain yang memainkan watak utama dalam kejayaan Selangor. Pada tahun 1998, Piala Malaysia dilangsungkan di Stadium baru iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Perak sekali lagi mengukir nama sebagai pasukan pertama memenangi piala tersebut selepas menewaskan Terengganu. Brunei menutup abad ke-20 dengan menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali di mana perlawanan akhir yang pertama melibatkan kedua-dua pasukan adalah dari Borneo. Kejayaan Brunei juga menyaksikan Stadium Merdeka digunakan untuk kali terakhir bagi venue akhir Piala Malaysia.
2000-2008: Permulaan Alaf Baru yang Seimbang
Perak yang terkenal memenangi sesuatu yang baru, terus melakukannya apabila berjaya mendakap Piala Malaysia yang pertama di abad ke-21 setelah menewaskan Negeri Sembilan. Hasrat Terengganu juga akhirnya tercapai merasai Piala Malaysia selepas menundukkan Perak pada 2001. Selangor masih bermaya dengan merangkul dua Piala Malaysia pada 2002 dan 2005. Pada tahun 2005 tersebut, Selangor menjuarai tiga kejohanan iaitu, Piala FA, Liga Perdana dan Piala Malaysia. Perlis juga berjaya menempatkan nama sebagai pasukan yang telah memenangi Piala Malaysia pada 2004 dan 2006 manakala pada tahun 2005 sebagai naib juara. MPPJ FC menjadikan kelab pertama memenangi Piala Malaysia setelah menundukkan Sabah. Kini, Kedah mencipta sejarah sebagai pasukan pertama memenangi ketiga-tiga piala selama dua musim berturut-turut. Mereka merangkul Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2007 dan 2008.
2009-2012: Negeri Sembilan vs Kelantan
Pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan mewarnai pentas akhir Piala Malaysia dalam 4 tahun kebelakangan dimana kedua-dua pasukan bertemu pada 2009 yang dimenangi oleh Negeri Sembilan. Mereka bertemu lagi pada edisi 2010 yang menyaksikan Kelantan menjulang Piala Malaysia untuk kali pertama. Negeri Sembilan ke pentas akhir untuk tahun ketiga berturut pada 2011 dan memenanginya, menewaskan pasukan Terengganu yang mengenepikan pasukan Kelantan pada peringkat suku akhir. Skrip yang sama berlaku pada 2012 dimana Kelantan layak ke pentas akhir bertemu pasukan Angkatan Tentera Malaysia, lawan yang mengalahkan Negeri Sembilan pada peringkat suku akhir. Pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia pada tahun tersebut disamping Piala FA dan juga Piala Liga Super. Kejayaan ini menjadikan Kelantan sebagai pasukan ketiga yang berjaya meraih tiga piala treble dalam semusim selepas Selangor (2005) dan Kedah (2007 & 2008).

Juara Piala Malaysia

Senarai juara[sunting]

TahunJuaraJaringanNaib JuaraStadium
[sorok]Piala Malaysia
2013
2012Kelantan Kelantan3 – 2Malaysia ATM FAStadium Shah Alam, Selangor
2011Negeri Sembilan Negeri Sembilan2 – 1Terengganu TerengganuStadium Shah Alam, Selangor
2010Kelantan Kelantan2 – 1Negeri Sembilan Negeri SembilanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2009Negeri Sembilan Negeri Sembilan3 – 1Kelantan KelantanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2008Kedah Kedah3 – 2Selangor SelangorStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2007Kedah Kedah3 – 0Negeri Perak PerakStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2006Perlis Perlis2 – 1Negeri Sembilan Negeri SembilanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2005Selangor Selangor3 – 0Perlis PerlisStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2004Perlis Perlis1 – 0Kedah KedahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2003Selangor MPPJ Selangor3 – 0Sabah SabahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2002Selangor Selangor1 – 0 (gol emas)Sabah SabahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2001Terengganu Terengganu2 – 1Negeri Perak PerakStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2000Perak Negeri Perak2 – 0Negeri Sembilan Negeri SembilanStadium Shah Alam, Selangor
1999Brunei Brunei2 – 1Sarawak SarawakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1998Perak Negeri Perak1 – 1 (5-3 Penalti)TerengganuTerengganuStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
1997Selangor Selangor1 – 0 (gol emas)Pahang PahangStadium Shah Alam, Selangor
1996Selangor Selangor0 – 0 (5-3 Penalti)Sabah SabahStadium Shah Alam, Selangor
1995Selangor Selangor1 – 0 (gol emas)Pahang PahangStadium Shah Alam, Selangor
1994Singapura Singapura4 – 0Pahang PahangStadium Shah Alam, Selangor
1993Kedah Kedah2 – 0Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1992Pahang Pahang1 – 0Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1991Johor Johor3 – 1Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1990Kedah Kedah3 – 1Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1989Kuala Lumpur Kuala Lumpur2 – 1Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1988Kuala Lumpur Kuala Lumpur3 – 0Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1987Kuala Lumpur Kuala Lumpur1 – 0Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1986Selangor Selangor6 – 1Johor JohorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1985Johor Johor2 – 0Kuala Lumpur Kuala LumpurStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1984Selangor Selangor3 – 1Pahang PahangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1983Pahang Pahang3 – 2 (Masa Tambahan)Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1982Selangor Selangor1 – 0TerengganuTerengganuStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1981Selangor Selangor4 – 0Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1980Singapura Singapura2 – 1Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1979Selangor Selangor2 – 0Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1978Selangor Selangor4 – 2Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1977Singapura Singapura3 – 2 (Masa Tambahan)Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1976Selangor Selangor3 – 0Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1975Selangor Selangor1 – 0Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1974Pulau Pinang Pulau Pinang2 – 1Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1973Selangor Selangor2 – 1TerengganuTerengganuStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1972Selangor Selangor3 – 1Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1971Selangor Selangor3 – 1Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1970Perak Negeri Perak1 – 0Kelantan KelantanStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1969Selangor Selangor1 – 0Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1968Selangor Selangor8 – 1Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1967Perak Negeri Perak2 – 1Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
[sorok]Piala HMS Malaya
1966Selangor Selangor1 – 0Tentera (TLDM)Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1965Singapura Singapura3 – 1Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1964Singapura Singapura3 – 2Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1963Selangor Selangor6 – 2Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1962Selangor Selangor1 – 0Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1961Selangor Selangor4 – 2Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1960Singapura Singapura2 – 0Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1959Selangor Selangor4 – 0Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1958Pulau Pinang Pulau Pinang3 – 3 (3-1 Ulangan)Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1957Perak Negeri Perak3 – 2Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1956Selangor Selangor2 – 1Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1955Singapura Singapura3 – 1Kelantan KelantanJalan Rifle Range, Singapura
1954Pulau Pinang Pulau Pinang3 – 0Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1953Pulau Pinang Pulau Pinang3 – 2Singapura SingapuraDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1952Singapura Singapura3 – 2Pulau Pinang Pulau PinangDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1951Singapura Singapura6 – 0Negeri Perak PerakPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1950Singapura Singapura2 – 0Pulau Pinang Pulau PinangPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1949Selangor Selangor3 – 2Malaysia TenteraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1948Negeri Sembilan Negeri Sembilan2 – 2 (2-1 Ulangan)Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1942-1947Tidak dipertandingkan
1941Singapura Singapura2 – 1Pulau Pinang Pulau PinangPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1940Singapura Singapura2 – 0Kedah KedahPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1939Singapura Singapura3 – 1Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1938Selangor Selangor1 – 0Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1937Singapura Singapura2 – 1Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1936Selangor Selangor1 – 0Singapura SingapuraJalan Rifle Range, Singapura
1935Selangor Selangor3 – 2Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1934Singapura Singapura2 – 1Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1933Singapura Singapura8 – 2Selangor SelangorJalan Rifle Range, Singapura
[sorok]Piala Malaya
1932Singapura Singapura5 – 3Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1931Perak Negeri Perak3 – 1Singapura SingapuraDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1930Singapura Singapura3 – 0Selangor SelangorStadium Jalan Anson, Singapura
1929Selangor Selangor2 – 2 (Berkongsi Juara)Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1928Selangor Selangor2 – 2 (Berkongsi Juara)Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1927Selangor Selangor8 – 1Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1926Perak Negeri Perak1 – 0Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1925Singapura Singapura2 – 1Selangor SelangorStadium Jalan Anson, Singapura
1924Singapura Singapura1 – 0Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1923Singapura Singapura2 – 1Negeri Perak PerakPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1922Selangor Selangor3 – 2Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1921Singapura Singapura2 – 1Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

Jurulatih pasukan juara

TahunJurulatihPasukan
2012Croatia Bojan HodakKelantan Kelantan
2011Malaysia Mohd Azraai Khor AbdullahNegeri Sembilan Negeri Sembilan
2010Malaysia B. SathianathanKelantan Kelantan
2009Malaysia Wan Jamak Wan HassanNegeri Sembilan Negeri Sembilan
2008Malaysia Mohd Azraai Khor AbdullahKedah Kedah
2007Malaysia Mohd Azraai Khor AbdullahKedah Kedah
2006Malaysia Abdul Rahman IbrahimPerlis Perlis
2005Malaysia Dollah SallehSelangor Selangor
2004Malaysia Norizan BakarPerlis Perlis
2003Malaysia Dollah SallehSelangor Selangor MPPJ
2002Australia Ken WordenSelangor Selangor
2001Malaysia Mat Zan Mat ArisTerengganu Terengganu
2000Jerman Karl Heinz WeigangNegeri Perak Perak
1999England Michael JonesBrunei Brunei
1998Jerman Karl Heinz WeigangNegeri Perak Perak
1997England Steve WicksSelangor Selangor
1996Australia Ken WordenSelangor Selangor
1995Australia Ken WordenSelangor Selangor
1994Singapura Singapura
1993Belanda Roberts AlbertsKedah Kedah
1992England Mike BrownPahang Pahang
1991Australia Michael UrukaloJohor Johor
1990Czechoslovakia Milous KvacekKedah Kedah

Pencapaian pasukan[sunting]

#PasukanJuaraNaib Juara
1Selangor Selangor FA3215
2Singapura Singapura2419
3Negeri Perak Perak FA711
4Pulau Pinang Penang FA49
5Kedah Kedah FA46
6Negeri Sembilan Negeri Sembilan FA33
7Kuala Lumpur Kuala Lumpur FA31
8Pahang Pahang FA24
9Kelantan Kelantan FA23
10Johor Johor FA21
Perlis Perlis FA21
11Terengganu Terengganu FA14
13Brunei Brunei1-
Selangor MPPJ FC1-
14Sabah Sabah FA-3
Malaysia ATM FA-3
15Sarawak Sarawak FA-1

Rekod[sunting]

Peristiwa[sunting]

TahunPeristiwa
1921Edisi pertama Piala Malaya dipertandingkan.
1925Piala Malaya dipertandingkan pertama kali di Singapura.
1928Piala Malaya dikongsi bersama oleh pasukan Selangor dan Singapura.
1930Perlawanan akhir antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Singapura menang 3-0.
1931Perak memenangi Piala Malaysia di tempat sendiri ketika perlawanan akhir diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1933Piala Malaya ditukar nama ke Piala HMS Malaya atas nama kapal perang Inggeris HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal ketika itu kapten Buttler telah menyumbangkan piala tersebut.
1941Singapura layak ke perlawanan akhir kali ke-20.
1942-1947Piala Malaya tidak dipertandingkan akibat Perang Dunia Ke-dua.
1948Piala HMS diadakan semula setelah berakhir perang dunia kedua dan buat kali pertama Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir. Perlawanan ulangan juga diadakan antara Negeri Sembilan dan Selangor selepas kedua-dua pasukan terikat pada perlawanan pertama.
1949Perlawanan akhir antara Selangor dengan pasukan bukan berstatus negeri, Tentera.
1950Penyerang Singapura Allahyarham Awang Bakar, membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0.
1957Perlawanan akhir pertama di Stadium Merdeka dan Perak telah menjuarainya.
1959Pemain Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.
1962Kelantan menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal dimana Mohammad Che Su menyumbang lapan gol.
1963Selangor menewaskan Terengganu 18-0.
1964Siaran secara langsung pertama ditayangkan ditelevisyen. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.
1967Piala HMS Malaya ditukar nama ke Piala Malaysia. Perak menjuarainya.
1970Kelantan, wakil negeri pantai timur pertama memasuki perlawanan akhir.
1974Perlawanan akhir melibatkan dua pasukan utara antara Pulau Pinang dengan Perak.
1981Selangor bertemu Singapura diperlawanan akhir bagi kali ke-24.
1984Selangor menewaskan Pahang 3-1 di perlawanan akhir, walaupun ketinggalan 1-0 sehingga minit 86 sebelum menjaringkan gol pada minit 87, 89 dan 90.
1985Pertembungan Johor dan Kuala Lumpur merupakan kedua-dua pasukan yang melayakkan diri ke perlawanan akhir untuk pertama kali.
1989Kuala Lumpur mencapai "hat-trick" selepas memenangi pada 1987, 1988 dan 1989 dengan menewaskan pasukan yang sama iaitu Kedah.
1990Kedah menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali.
1992Pahang memperoleh gol seawal minit kedua perlawanan dimulakan dan keputusan 1-0 menentang Kedah kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. Ia juga merupakan perlawanan antara pasukan utara dan pasukan pantai timur.
1994Aksi terakhir pasukan Singapura dalam kancah bolasepak Malaysia. Singapura menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini dan buat kali terakhir.
1995Jaringan sudden-death pertama oleh Selangor setelah terikat 0-0 dengan Pahang.
1996Aksi pertama dari pasukan Borneo dimana perlawanan akhir antara Selangor dengan Sabah. Juara juga pertama kali ditentukan menerusi penalti setelah seri pada masa tambahan. Selangor menang penalti 5-3.
1998Perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.
1999Buat pertama kali dua pasukan dari kepulauan Borneo beraksi diperlawanan akhir antara Sarawak dan Brunei. Brunei menjuarai Piala Malaysia kali pertama dan Stadium Merdeka menjadi pentas Piala Malaysia yang terakhir.
2001Terengganu menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali.
2003Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), pasukan berstatus kelab pertama memenangi Piala Malaysia.
2004Dua pasukan dari utara bertembung pada perlawanan akhir kali kedua antara Perlis dengan Kedah.
2005Selangor menjuarai Piala Malaysia kali ke 32. Selain itu mereka juga memenangi Piala Liga Perdana (liga tahap dua) dan juga Piala FA.
2007-2008Kedah menjuarai Piala Malaysia. Selain itu mereka juga memenangi Piala Liga Super dan juga Piala FA. Kedah juga satu-satunya pasukan di Malaysia yang berjaya menjadi juara "Double Treble" iaitu menjuarai treble untuk dua musim berturut-turut (2007/2008 dan 2008/2009)
2010Kelantan menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali.
2012Dua juara Liga Malaysia iaitu Juara Liga Super, Kelantan bertemu Juara Liga Perdana, ATM pada perlawanan akhir. Fakta menarik, kedua-dua pasukan ini dalam kumpulan yang sama dalam saingan peringkat kumpulan. Kelantan memenangi Piala Malaysia kali kedua disamping memenangi Piala Liga Super (liga tahap satu) dan juga Piala FA.

Rekod

RekodPasukanCatatan
Juara pertama Piala MalayaSingapura1921
Juara pertama Piala HMS MalayaSingapura1933
Juara pertama selepas PD2Negeri Sembilan1948
Juara pertama di Stadium MerdekaPerak1957
Juara pertama Piala MalaysiaPerak1967
Juara pertama di Stadium Shah AlamSingapura1994
Juara pertama di Stadium Bukit JalilPerak1998
Juara terakhir di Stadium MerdekaBrunei1999
Juara pertama abad ke-21Perak2000
Juara terbanyakSelangor32 kali, termasuk 2 kali juara bersama Singapura

RekodPasukanCatatan
Pasukan yang pernah menjuarai hatrikSingapura5 kali (1923-1924-1925), (1928-1929-1930), (1932-1933-1934), (1939-1940-1941) dan (1950-1951-1952)
Selangor4 kali (1927-1928-1929), (1961-1962-1963), (1971-1972-1973) dan (1995-1996-1997)
Kuala Lumpur1 kali (1987-1988-1989)
Pasukan kelab pertama bertandingJohor FC2000
Pasukan kelab pertama juaraMPPJ Selangor2004
Pasukan memasuki perlawanan akhir berturut-turut paling lamaSingapura1921-1941
Pasukan-pasukan berkongsi juaraSelangor & Singapura1928 dan 1929
Pasukan memasuki perlawanan akhir tapi tewas kesemuanyaATM3 kali (1949, 1966 dan 2012)
Sabah3 kali (1996, 2002 dan 2003)
Sarawak1999
Pasukan yang belum ke perlawanan akhirMelaka
Pasukan memasuki perlawanan akhir tiga kali berturut (atau lebih) tapi tidak menang kesemuanyaPerak2 kali (1959-1960-1961) dan (1970-1971-1972)
(kecuali Selangor dan Singapura)Pulau Pinang1 kali (1952-1953-1954)
Kedah1 kali (1987-1988-1989)
Perlis1 kali (2004-2005-2006)
Negeri Sembilan1 kali (2009-2010-2011)
Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi semulaNegeri Sembilan61 tahun (1948-2009)
Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi Piala MalaysiaKelantan89 tahun (1921-2010)
Perlis83 tahun (1921-2004)

RekodPasukan dan PemainCatatan
Jaringan pasukan terbanyak dalam perlawanan akhirSelangor8 gol (1933 dan 1968)
Singapura8 gol (1927)
Jaringan perlawanan terbanyak dalam perlawanan akhirSingapura - Selangor10 gol (1933)
Penjaring terbanyak dalam perlawanan akhirAbdul Ghani Minhat4 gol (1961)
Penjaring-penjaring hatrik dalam perlawanan akhirMalaysiaSelangorAbdul Ghani Minhat(4 gol)
MalaysiaSelangorS.Thanabalan Selangor
YugoslaviaJohorErvin Boban
AustraliaSingapuraAbbad Saad
ArgentinaSelangorMPPJ Juan Manuel Aristegui
IndonesiaSelangorBambang Pamungkas
1961
1968
1991
1994
2003
2005
Jurulatih import paling banyak memimpin pasukan juaraAustraliaSelangorKen Worden3 kali (1995,1996 dan 2002)
Pemain paling banyak juara dalam pasukan samaMalaysiaSelangorAllahyarham Mokhtar Dahari10 Gelaran (1972-1986)
Pemain paling banyak juara dalam pasukan berbezaMalaysia Hairuddin Omar4 kali (Terengganu 2001, Negeri Sembilan 2009, Kelantan 2010, Negeri Sembilan 2011)
Pemain import membantu pasukan juara hatrikAustraliaSelangorMehmet Durakovic1995,1996 dan 1997