Mohd Ashaari Shamsuddin
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Ashaari Shamsuddin (lahir pada 7 Jun, 1985) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersamaTerengganu FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan pemain Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Ashaari membuat penampilan pertama bersama pasukan utama kebangsaan ketika bertemu India pada 22 Julai, 2008 diHyderabad, India. Ashaari menjaringkan gol pertamanya di pentas antarabangsa ketika bertemu Afghanistan dimana dia menjaringkan dua gol. Ashaari juga mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Antara Benua 2008 di Malaysia.
Pada bulan November 2010, Ashaari telah dipanggil oleh jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, K. Rajagopal bagi Piala Suzuki AFF 2010. Ashaari telah menjaringkan gol untuk Malaysia menentang Indonesia di dalam pusingan pertama akhir untuk mendapatkan kemenangan 3-0. Malaysia telah memenangi Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama kali di dalam
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Mohd Ashaari Shamsuddin | ||
| Tarikh lahir | 7 Jun 1985 (27 tahun) | ||
| Tempat lahir | Marang, Terengganu, Malaysia | ||
| Posisi permainan | Tengah, Penyerang | ||
| Maklumat kelab | |||
| Kelab terkini | Terengganu | ||
| Nombor | 22 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| Terengganu | |||
| Kerjaya senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
| 2007- | Terengganu | ? (30) | |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2007-2008 2008- | 17 (4) 12 (3) | ||
| * Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 12 Januari, 2009.
† Kemunculan (Gol).
‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 21 Januari, 2009 | |||
sejarah mereka.
No comments:
Post a Comment